Pages

Sunday 24 July 2011

JAWI TAHUN SATU

Huruf jawi mengandungi 37 huruf :
(alif - ya)

Terdapat 3 huruf vokal iaitu :
  • alif
  • ya
  • wau
Selain daripada huruf tersebut adalah huruf konsanan.

TAHUKAH ANDA?
  • Huruf yang boleh disambung diawal sahaja ialah (alif , ta , dal , zal , ro , zai , wau , vi)
  • Huruf yang boleh disambung diawal , ditengah dan diakhir ialah (selain daripada huruf jawi diatas)
  • Huruf tunggal yang tidak boleh disambung ialah (hamzah)

AKRONIM

Akronim -> perkataan dalam ejaan rumi yang terdiri daripada nama gelaran,nama singkatan dan pangkat.
  • Nama Gelaran.Cth :
         Professor -> Prof
         Doktor -> Dr.
         Yang Berhormat -> YB
  • Nama Singkatan.Cth :
         Tentera Laut Diraja Malaysia -> TLDM
         Jabatan Kerja Raya -> JKR
         Jabatan Pengangkutan Jalan -> JPJ
  • Pangkat.Cth :
         Menteri Besar -> (mim.ba)
         Guru Besar -> (ga.ba)
         Perdana Menteri -> (pa.mim)

KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA ASING

BAHASA ARAB

  • Istilah agama. -> berkaitan dengan aktiviti agama.Cth :
         Fardhu
         Halal
         Tayamum
        
     Kata pinjaman bahasa arab yang tergolong dalam istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti  agama ejaannya dikekalkan bunyi asal.

  • Istilah umum -> bukan istilah yang dikhususkan kepada agama.Cth :
         Najis
         Adat
         Sejarah

         Kata pinjaman bahasa arab dalam istilah umum ditulis mengikut bunyi melayu.

  • Kata pinjaman bahasa arab yang bermula dengan huruf "alif lam" , jika kata dasarnya bermula dengan huruf "alif lam syamsiah", walaupun ditukarkan kedalam ejaan rumi hendaklah diserapkan bunyi dalam bunyi huruf pertama kata dasar.Cth :

          Al-Rahman
          Al-Salam
          Al-Siddiq

BAHASA INGGERIS

  • Kata serapan -> perkataan BI yang telah dijadikan kata awam dalam BM.Cth :
          Bas
          Basikal
          Epal
          Januari

  • Kata pinjaman -> perkataan yang dieja mengikut ejaan dalam BI.Cth :
         Konsert
         Spesis
         Standard
         Import
  • Perkataan pinjaman BI yang ditulis dalam BI hendaklah dieja mengikut bunyi sebutannya.

Saturday 16 July 2011

IMBUHAN AKHIRAN "I" ( YA )

Perkataan berimbuhan akhiran pada kata dasar yang di akhiri dengan suku kata tertutup ialah dengan menggunakan huruf "YA" sahaja. Contoh :
  • Tutup = menutupi
contoh ayat :
Asap yang tebal itu hampir menutupi segenap ruang.
  • Lengkap = melengkapi
contoh ayat :
Buku rujukan itu melengkapi dari aspek kesahihannya.
  • Ubat = diubati
contoh ayat :
Kesedihan yang dialami tidak dapat diubati.


JAWI TAHUN LIMA

JAWI TAHUN 5

Jom kenali pelajaran jawi dengan lebih mendalam !
Di anjung ini , saya cuba mempamerkan sukatan pelajaran jawi (JAIS) untuk tatapan anda semua .
Harap anda dapat menghayati apa yang di paparkan ini sebagai rujukan dimasa akan datang .

MENGEJA PERKATAAN BERIMBUHAN "AN"

  • Setiap kata dasar yang diakhiri dengan selain huruf alif dan wau hendaklah dimasukkan imbuhan an (nun) sahaja . Contoh :
  • puji = pujian
          contoh ayat :
        Fadli tidak sombong dengan pujian yang diberikan.
  • sukat = sukatan
         contoh ayat :
       Penjual hendaklah jujur dalam timbangan dan sukatan.
  • pelajar = pelajaran
           contoh ayat :
       Ali berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.